October 25, 2016

Wiko Ufeel Lite: Smartphone Terbaik Pada Harga Mampu Milik!

October 25, 2016
Walaupun dah lama bekerja sendiri, tapi aku tak pernah terlintas nak ada sampai dua tiga handphones untuk asingkan handphone kegunaan personal atau bisnes. Semuanya aku sumbat dalam satu handphone je. Itulah handphone aku whatsapp mak aku, itulah handphone aku guna untuk reply customers dan itulah jugak handphone yang aku guna bila anak aku request pasangkan 'Elmo's World' dia.

Jadi, untuk kelihatan lebih organize (dan sebelum handphone kau hang), let's get yourself an extra smartphone dengan harga yang berpatutan tapi best. Eh, ada ke smartphone macam tu?


"In Wiko, there are people, stories and ideas that make each phone a unique product, designed and created to satisfy all of us." - Wiko Story.

Ada rupanya. It's Wiko Ufeel Lite from Wiko!

Nama Wiko agak asing di Malaysia sebab Wiko baru saja memasuki pasaran di sini. Oh, patutlah. Kalau dekat Eropah, jenama smartphone Wiko ni memang dah terkenal dah dekat sana. Walaupun baru 5 tahun, Wiko telah berjaya menempatkan diri dalam senarai Top 5 dalam pasaran smartphone Eropah wow wow wow hebatnya! 


5" IPS HD screen dengan 1280 x 720 resolution.

Masa mula-mula test smartphone ni aku dah teruja dah sebab dah lah screen besar, HD pulak tu. Memang syoklah kalau nak online ke apa sebab rasa macam guna laptop, clear betul. Nak-nak pulak aku ni rabun, so memang aku memerlukan smartphone yang jelas dan besar macam ni supaya senang aku nak buat kerja. 


5 fingerprints untuk 5 aksi!

Faham tak 5 fingerprints untuk 5 aksi tu macamana? Contohnya macam ibu jari untuk bukak Facebook, jari telunjuk untuk bukak email, ibu jari belah kiri untuk telefon mak ayah ke. Awesome gila! Selalu kuih je kita main tunjuk-tunjuk guna jari ni, tapi sekarang smartphone pun dah boleh main tunjuk-tunjuk dah. LOL. 

8 MP (back camera) dan 5 MP (front camera) with flash.

Salah satu kriteria yang perlu ada bagi sesebuah smartphone mestilah cameranya yang bagus. I'm quite impressed dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh smartphone ini. Tengoklah hasil gambar bunga yang aku tangkap macam dalam gambar tu, macam pro! Dah lah front camera ada flash, takyah susah-susah nak kena beli cover smartphone yang ada LED light kat tepi-tepi tu bila nak selfie. Guna flash je chuolls!

Suka finishing sandstone macam ni, nampak ekslusif sangat.

Acah-acah businesswoman bisnes juta-juta sangat bila guna smartphone ni. *over* 

Antara fungsi lain yang best:

  • Menggunakan prosessor Quad Core 1.3GHZ, sangat laju!
  • Merupakan Android Marshmallow 6.0 (UI sentiasa dikemaskini)
  • 4G LTE untuk kelajuan internet paling maksimum
  • Dual Sim untuk korang yang guna lebih daripada satu nombor (takyah beli extra phone)

Selalunya kalau smartphone yang offers good functions mesti harga over sangat dan kita hanya mampu tengok je, kan? Percaya tak kalau aku cakap yang Wiko Ufeel Lite ni cuma RM 569 (termasuk GST)! So affordable! Saja je letak harga di perenggan terakhir sebab nak bagi korang teruja di akhir cerita ekekeke. 

For more details, boleh checkout their official website WIKO MOBILE dan LIKE FACEBOOK WIKO MOBILE untuk sebarang updates terkini.

Thanks for reading xx

September 28, 2016

Kenali Personaliti Anak

September 28, 2016
Terkenang masa Nedzrin still dalam fasa bayi, baru-baru nak membesar. He wasn't as friendly as he is now. Pantang nampak muka selain makpak dia, mesti melalak punya. Banyak kali jugaklah berlaku peristiwa bila dah sampai mall, terpaksa patah balik rumah sebab dia dah meragam dalam kereta T_T Mak dialah yang paling frust sebab penat melaram, bazir makeup hahahaha.

Rumah dah macam taska. Dia seronoklah boleh main itu ini. Makpak mereput dok rumah takleh keluar LOLOLOL.

Lama-kelamaan timbul kesedaran untuk tidak 'perapkan' anak di rumah lagi sebab dia bukanlah ayam BBQ yang memerlukan pemerapan. He needs to see the outside world supaya senang di masa hadapan. We started dengan bawak Nedzrin pusing-pusing naik kereta berdekatan area rumah. Setiap kali Daddy nak pergi kedai mesti kena ikut walaupun sekadar beli pasir kucing. Kah kah boring gila. Lama-lama bila dia dah biasa, pantang nampak Daddy bukak pintu, lajuuu je nak ikut padahal pergi kedai lima minit je.

Bila dah berani sikit, kita advanced sikit bawak pergi mall pulak. TERKEJUT SEBAB DIA SUKA! Siap boleh duduk diam dalam stroller tak mintak dukung pun. Omg strategi bawak pergi kedai beli pasir kucing selama ni membuahkan hasil wakakaka. 

Dah boleh main pass-pass dekat orang dah ...


Bila dah nampak banyak tanda positive along the process, bila ada kelapangan memang takde memerap kat rumah dah. 



Since kat bawah rumah memang dah ada swimming pool and playground, memang muka dia jelah yang selalu berkeliaran kat situ hahaha. 

Sometimes we brought him to the nearest park sebab taknak boring.




Indoor activities paling kerap bawak sebab makpak boleh tumpang main LOLOLOL.





Bila dah selalu biasakan dia dengan aktiviti luar rumah, we realised that dia dah pandai nak mingle around dengan sendirinya. Padahal tak pernah ajar pun. Tetibe dah berani tegur-tegur orang dalam lif, dah berani approach rakan sebaya (walaupun diorang tak layan LOL) dan cepat mesra. Kalau dulu, orang main cak-cak dengan dia pun dia melalak sebab takut T_T




Amboi amboi.

Bila tengok perubahan Nedzrin sekarang, terus agree dengan pepatah, 'Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.' Kalau dulu kitorang ikutkan je kehendak dia taknak jumpa orang, agaknya sampai sekarang kitorang taktau yang dia sebenarnya friendly camni. 

Hopefully perkongsian entry kalini dapat tolong sedikit sebanyak parents yang struggle with their child's behaviour macam aku ni.


Thanks for reading xx