June 18, 2015

Apa Beza Antara Scan Baby Jenis 2D / 3D Dan 4D ? : Senarai Tempat Untuk Scan Baby 3D Dan 4D

June 18, 2015
Assalammualaikum.

Bila dah disahkan pregnant ni,  benda yang aku selalu excited nak buat ialah scan baby.  Perasaan nak tau keadaan baby dalam perut memang automatically akan membuak-buak tak dapat dibendung.  Tapi bila time nak pergi checkup memang malas sangat.  Aku ni dah lah sejenis fobia dengan hospital, klinik semua ni.  Fobia sebab terbayang-bayang diorang punya jarum apa semua.  Kadang-kadang kalau the next day ada appointment memang malam tu payah gila nak tidur sebab terbayang yang bukan-bukan.  Ntah pape kan. T_T

First time aku pergi scan baby masa aku kena morning sickness teruk.  Aku punya morning sickness tu ada lah dalam 4 - 5 bulan.  Haa seram tak ekekeke.  Memang terlantar je ibarat paus yang terdampar di tepian pantai.  Sampai satu tahap tu aku muntah pekat sangat macam keluar darah.  Tengah malam tu jugak husband hantar pergi Hospital Sg. Buloh.  Dan terus kena admitted.  Tragis sungguh.  Masa tu doktor scan baby dalam perut.  Pastu nampaklah macam setompok jelly bean kecik dekat dalam perut.  Dengan heartbeart.  Teruja betul masa tu.  Selalu tengok aksi macam tu dalam drama je wakakaka.

2D.  Scan black and white macam dalam gambar ni.  Selalunya hospital kerajaan akan scan baby guna kaedah jenis 2D.  Tapi scan jenis ni agak terbatas sikit sebab doktor selalunya guna untuk tau keadaan kandungan kita je.  Unless kalau ada mommies yang buat scan 2D details haa yang tu boleh kesan masalah kromosom macam baby ada sindrom down ke.




Nilah contoh scan 2D.  Masa ni dah 6 bulan lebih dah.  Kalau scan masa early pregnancy memang kecik cenonet seketul je gambar janin dalam gambar haha.



Nilah gambar bakal baby iolls yang tengah aktif berenang-renang dalam perut sekarang ni.  Kemain tidur tongkat pipi gitu.  Version 2D jugak.


3D.  Scan 3D ni memang exciting sebab time ni kita boleh tengok bahagian baby macam mulut, hidung, mata and lain-lain dengan jelas sangat.  Cuma ada gangguan air ketuban je dekat gambar.  So gambar baby jadi macam kedut-kedut sikit.  Tapi the rest memang boleh nampak jelaslah.  Best.  And time nilah kita boleh tau gender baby lelaki ke perempuan.  

4D.  4D ni sebenarnya video.  Kita boleh tengok pergerakan baby dalam perut secara live gitu.  NI MEMANG PART PALING BEST SANGAT.  Nampak tak nampak tak siap capslock tanda memang best sesangatlah cite dia.  Masa time aku scan tu,  baby tengah menguap okehhh.  Seronok gilos.  Dia tengah ambik mood nak tidur.  Siap bukak mulut sikit minum air ketuban lepastu kaki naik ke atas lepastu sambung tidur.  Ntah pape je tapi comel betul ahahaha.  Kalau korang lucky maybe korang boleh tengok baby senyum ke, bukak mata ke.  Kalau baby korang static je tidur masa ni korang trylah pujuk doktor tu nak tunggu baby gerak-gerak.  Kalau baby tak gerak sometimes doktor akan suruh mommies makan ais krim sebab nak gerakkan baby hahaha.  Yelah rugilah kan kalau scan 4D tapi baby tidur je kan. Macam tak puas hehe.



Sedapnya awak tidur ye.


Waktu yang sesuai untuk buat scan jenis 3D and 4D masa kandungan antara 26 weeks ( 6 bulan lebih ) hingga 29 weeks ( 7 bulan lebih ).  Setengah tempat taknak accept kalau korang scan terlalu awal or terlalu lambat.  Kalau scan awal sangat takut tak nampak and tak boleh check details dalam-dalam.  Kalau scan lambat sangat takut dah tak nampak muka baby sebab baby dah padat dalam perut.  

Tentang harga, dont worry sebab affordable je harga dia.  Yang ni aku scan dekat Seberang Jaya sebab masa tu kebetulan balik kampung.  So alang-alang scan je terus situ.  Nama tempat tu Poliklinik Dr. Marina.  Famous jugaklah situ.

Boleh check senarai tempat untuk scan baby 3D dan 4D dekat sini.  Dia siap senaraikan lagi harga and apa pakej yang diorang offer. 

Thanks for reading.
xoxo

1 comment :

  1. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete