June 4, 2015

Tutorial: Edit Gambar Guna Apps Vsco + Snapseed

June 4, 2015
Assalammualaikum.

Hai pembaca pembaca belog kita !  ( eh ada ke ? :p )  First of all aku nak cakap terima kasih sesangat dekat korang sebab sudi join giveaway yang aku buat tu.  Tak kisah lah sama ada korang join atas kerelaan hati atau paksaan,  aku tetap nak ucap terima kasih jugak.  Hari hari mesti ada penyertaan baru.  Mak terharu noks.  * kesat hingus *


xxxxxx


Ada tak sesiapa dekat sini yang ada akaun instagram?  Haa korang yang ada instagram tu mesti familiar sangat dengan apps VSCO ni.  Asal nak upload gambar mesti tak sah kalau tak guna apps ni kenzzz.  Lepas tu letak hashtag macam #vsco #vscocam #vscomalaysia bebanyak sebab nak dapat banyak like.  Tipu kalau korang tak buat sebab aku selalu buat macam tu dulu.  koh koh koh!




Tapi korang tau tak,  kalau korang betul betul guna apps ni kan,  gambar korang akan turned out jadi cantik gila macam korang ni profesional sangat.  Dulu aku selalu guna apps ni sekadar membuta tuli je.  Aku guna je pilihan yang ada dalam apps tu lepastu aku post.  Lelama aku jumpa instagram orang lain yang guna apps vsco ni tapi gambar diorang lawa gila weh !  Memula aku ingat diorang guna dslr ke, digital kamera ke kan,  sebab tu lah gambar lawa.  Tapi diorang guna handphone je kot.  Aku pun guna handphone jugak,  tapi gambar aku jauh beza haram tak lawa wakakaka.




Kagum tak kagum tak ?  Gambar gambar ni semua diorang guna handphone je uollsss. 





Macam mana nak dapat gambar cenggini?  Meh nak ajar.  Kali ni aku nak ajar cara nak edit gambar ala ala tone deep gelap biru biru gitu.  Macam gambar ni.




Tutorial:

Vsco
Preset HB2 +10

Exposure -1
Contrast +1
Highlight +3

Snapseed
Tune image

Brightness -20
Ambiance -65
Contrast +10
Saturation -80
Warmth -28

Details
Sharpening +50
Structure +15



Haa apps ni pun penting kalau nak hasilkan tone deep biru biru macam tu.  Boleh download secara percuma dekat playstore / apps store apps.  Pi download cepat.


Dan ni gambar yang aku edit guna tutorial ni.  Gambar ni aku ambik masa dekat Melaka.  Dah lah masa tu tepi traffic light kereta banyak apa semua.  Gigih eh sergah burung burung tu sebab nak tangkap gambar dengan background burung terbang.  Banyak kali pulak tu.  Entah apa lah tanggapan masyarakat sekeliling dekat aku masa tu. waaakakaka.  Malu pabila dikenang.



Muka tu memang sengaja diblurkan.


Dan gambar ni terpilih dan dimasukkan dalam instagram IGERSTONA .  Akhirnya berkat kegigihan aku membuahkan hasil muahahaha.  Instagram aku:  @haziqahmuhamad .




Kalau korang nak tau banyak lagi tutorial nak hasilkan gambar gambar meletop top top macam diorang ni,  silalah follow instagram TWT_INSTA .  Diorang tak lokek tutorial.  Diorang pun selalu jugak buat event meet up dengan geng geng instagram ni.  Lepas tu diorang share share ilmu gitu.  



Belanja gambar selfie dahi luas satuuu.  Bak kata Marya Hana,  "Dahi tu boleh buat main galah panjang tak?"  kurang hasam kau Marya. kakakaka.

P/S:  Kalau korang nak aku singgah belog korang and klik nuffnang korang ke kan,  inform aku dekat komen ek.  Supaya aku boleh alert.  Dan kalau korang rajin,  sudi sudikan lah klik nuffnang aku jugak.  Nak masuk tabung.  Gituuuu.  ( padahal nak shopping :p )

Thanks for reading.
xoxo

7 comments :

  1. Murni singgah sini, btw gambar smua lawa2..terima kasih sis sbab sudi singgah ke blog Murni plus blanja klik iklan...done follow ur blog & klik iklan sekali :D

    ReplyDelete
  2. adik sy selalu guna vscocam ni, sy pun pernah try tp tak minat. most of the time sy upload gambar tak edit. haha

    ReplyDelete
  3. Athirah Diyana: Dulu kita rajinlah edit-edit guna vsco ni. Lama-lama hmmm malas hahaha ! :D

    ReplyDelete
  4. kita pon semenjak dah jumpe vscocam ni, memang melekat dengan tu jelahh ahahaha. filter pon same. snapseed salu donlod delete pasal apa tah. tak biasa guna haha

    ReplyDelete
  5. Boleh tolong ajarkan bagi gmbr lain

    ReplyDelete