ABOUT ME

Hello korang. Nama i Haziqah Binti Muhamad Radzi. Dilahirkan pada 18 April 1989 dan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Datuk Dr. Fazley . Kah kah motifff?! Tempat lahir i di Hospital Besar KL tapi i menetap dan dibesarkan di Ampang, Selangor. I rasa kitorang je yang selamanya, forever and ever stay Ampang tak pindah-pindah. I ada dua adik beradik je and i lah yang bongsu ittewww. Yang sulung ialah abang i tapi ramai kata kitorang tak macam adik beradik sebab muka kitorang sangat tak sama. Tapi kitorang memang adik beradik, jangan risau.

Untuk taknak bagi section ni bosan dan seperti syok sendiri, i akan listkan perkara-perkara penting je dekat sini:

# I tak pernah masuk sekolah harian campur laki dengan perempuan. Dari darjah satu sampailah membawak ke form six i memang ada satu sekolah je iaitu Convent Bukit Nanas KL. Tak pernah rasa nak tukar sekolah sebab dekat sekolah i students semua cecantik macam artis. So hari-hari memang keje cuci mata je datang sekolah kah kah. Ada yang memang bebetul dah jadi artis dah pun sekarang and i sempatlah tengok diorang dekat sekolah kejap dulu macam Nadiya Nisaa ( dia ajar i kawad ) , Sophia kumpulan De Fam , Farah AF Breep Breep and ramai lagi i tak ingat nama tapi i ingat muka je. 

# I pernah sekolah agama sampai darjah 3 je. Tapi sepanjang tiga tahun i pergi sekolah tu, boleh kira dengan jari berapa kali je i pergi sekolah agama. Tak silap i masa darjah dua i pergi sekolah agama seminggu pertama je ( awal tahun ) . Pastu dah tak jejak dah. Asal ntah i tak suka pergi sekolah agama. 

# Dulu i pernah lah kerja dekat portal Oh! Bulan jap pastu i resigned. Sebelum-sebelum tu i pernah lah kerja jadi online writer, tulis artikel untuk paper Berita Harian, Kosmo and Harian Metro ( boleh baca SINI ) and pernah kerja dekat ITBM jugak sebagai PR. Sekarang i kerja online je dekat rumah sambil jaga anak. 

# Tarikh 5 Jun ialah tarikh hari jadi arwah abah dan arwah abah meninggal pun 5 Jun jugak, on his birthday. Tapi dekat batu nisan arwah abah diorang tulis 6 Jun bukan 5 Jun. Tapi kitorang tak tukar pun sebab arwah abah meninggal tengah malam so kitorang accept je both dates. Pastu kebetulan i kawin 6 Jun 2014 and abang i pulak kawin 5 Jun 2015 ( i kawin dulu ) . Kitorang tak plan langsung nak kawin on those dates sebab kitorang pilih based on tarikh yang ada cuti panjang je. Memang ni tarikh-tarikh yang i takkan lupa sampai bila-bila.

# Masa i bersalinkan Nedzrin dulu berat dia ialah 4.02kg. Gynae salah scan. Nasib baik i boleh teran baby i keluar masa tu so dapatlah bersalin normal.

# Sangat addicted minum teh ais. Sehari i boleh minum bergelas-gelas teh ais dengan gembiranya. 

# I punya bad habit ialah i suka makan ais. I boleh makan ais macam makan kudap-kudap je weh. Taktaulah saka apa yang telah merasukku.

I rasa itu jelah kot yang i nak share dengan korang. Eleh kalau i tulis panjang-panjang pasal diri i pun korang peduli apa kan kah kah. Thanks a lot korang sebab sudi baca belog i walaupun belog i ni sejenis belog sendu dan tenggelam timbul je wakakaka.

Bye. :)

No comments :

Post a Comment